Wednesday, November 10, 2010

TIPS MENJAGA HAMSTER... HAMSTER KESAYANGANKU...


Semua orang mempunya hobi masing2 termasuklah diri ini... Ni gambar hamster saya masa mula2 beli 4 bulan sudah. Comel sangat2 hamster ni ala2 hamtaro tp lagi comel... Sebenarnya hobi nak memelihara hamster ni bermula lama sudah cuma perlu mendapatkan kebenaran daripada parents sebelum mula berjinak-jinak dengan hobi kita ni. Sebab kos untuk menjaga hamster ni agak tinggi sebenarnya. Kita perlu beli makanan, habuk kayu, vitamin supaya kebajikan hamster sentiasa dijaga... Tapi kalau nak berjimat, boleh bagi makan buah2an macam sengkuang, karot, semua jenis sayur2an yang bersesuaian (pastikan dibasuh dahulu supaya hilang racun perosak), buah2an tempatan, nasi pn boleh, telur (untuk menambahkan protein), roti, ap2 jer. Tapi coklat kurang sesuai.



Haiwan ini manja sebenarnya... Dia(hamster) tidak akan menggigit tuan dia melainkan kalau dirinya berasa terancam dan terkejut. Contohnya saya pernah digigit hamster kerana g kacau hamster ni masa dia th tido.. hehehe ( nasihat : jangan sesekali ganggu hamster ketika sdg sedap tido, sama jugak mcm kita tgh sedap tido, org kacau msti marah kn?) Kalau nak rapatkan hubungan tuan dengan hamster, selalulah bersembang atau bercakap dengan hamster kita. Dia akan kenal tuan dia kerana selalu meluangkan masa bermain dan bersembang dengan hamster ni.


Sekarang hamster ni dah kali ke-4 beranak. Buat pengetahuan semua, hamster jenis Syirian ni hanya memerlukan 14-16 hari untuk beranak. Jarang penangguhan dilanjutkan ke hari 17-18 melainkan ada sedikit masalah atau kali pertama hamster beranak. Dulu saya tak pandai jga anak hamster dan semuanya mati. Ada yg dimakan dengan ibunya dan ada yang mati sebab beli susu khusus untuk haiwan tp x sesuai sbb sistem penghadaman hamster tidak sesuai. Bagi yang kurang berpengalaman menjaga anak hamster, boleh layari internet dan search cara menjaga anak hamster. (tapi kebanyakan yang saya baca banyak versi indonesia)

Sekarang buat kali ke-4, hamster saya beranak. Kali ke-3 sebelum ini semuanya mati sbb saya kurang berpengalaman untuk menjaga anak2 hamster ni. Hari ni anak2 hamster saya semakin membesar. Ada 5 ekor semuanya (asal 7 ekor). Usianya hampir 2 minggu dan sekarang dah mula makan makanan yang diberi kepada ibunya. Berdasarkan pengalaman saya , Jika hamster mula menunjukkan tanda2 nak beranak (perut membesar, induk suka menggigit jeriji besi kandang seolah2 hendak keluar dari kandang) pisahkan dari induk jantan.(sebab kebarangkalian induk jantan akan makan anaknya sendiri adalah tinggi ) Letakkan ibu hamster bersama anak2nya ditempat gelap dan pastikan diberi bekalan makanan dan minuman yang secukupnya. Jangan selalu tengok hamster ni kerana tidak suka diganggu. Hmm.. tak sabar rasanya nak tunggu anak2 hamster ni membuka mata biasanya pada hari ke 14-16 dan membesar sepenuhnya...

nanti ada kesempatan saya akan bercerita lebih lanjut cara untuk menjaga hamster ni...

Friday, October 1, 2010

PERKONGSIAN PETUA MEMBERSIHKAN HATI

SALAM..

Alangkah indahnya jika mempunyai hati yang bersih. Bahagianya rasa jika tiada langsung sekelumit perasaan hasad dengki yang merajai hati. Di sini, saya ingin berkongsi beberapa tips untuk membersihkan hati kita dari segala sifat2 mazmumah ini. Selamat beramal.

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. (Diolah oleh Datuk Haji Fadilah Kamsah)

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok- elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik,berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Thursday, April 29, 2010

Huruf Roman

Salam sejahtera semua..

Malam ni nak bercerita ttg huruf roman. Tadi tetiba kawan saya tanya huruf roman 9 apa yer??? Aik, baru teringat.... Rupa2nya saya pn tak pasti. He2... Sedangkan kita biasa dengan huruf roman mm tu kan. i, ii,iii,iv etc... yang lain2 dah terlupa.

Mula2 mari kita berkenalan apa itu huruf roman.

Angka Rumi atau angka Roman ialah sistem angka Rom Kuno yang berdasarkan huruf-huruf abjad Rumi yang digabungkan untuk menunjukkan jumlah nilai. Sepuluh angka Rumi yang utama adalah:

\mathrm{I,\;II,\;III,\;IV,\;V,\;VI,\;VII,\;VIII,\;IX,\;X}

Ni adalah nombor asas hurif roman yang perlu kita ketahui. Mari kita belajar lebih lanjut...

Sistem angka Rumi adalah berbentuk perpuluhan dan tidak mempunyai angka sifar. Sistem ini berkait rapat dengan angka Etruscan dan huruf-hurufnya diambil dari simbol-simbol bukan abjad terawal; lama kelamaan orang Rom menukar simbol-simbol ini dengan huruf-huruf dari abjad Latin. Sistem angka Rumi yang digunakan pada hari ini adalah hasil perubahan yang dibuat pada zaman pertengahan

Angka Rumi biasanya digunakan dalam senarai yang dinomborkan (seperti garis bentuk format untuk sesebuah rencana), muka jam, muka surat yang mendahului badan utama buku, bulan dalam setahun, di belakang nama waris pemimpin politik dan monarki yang mempunyai nama yang sama, dan penomboran acara tahunan.

Angka Rumi adalah berdasarkan tujuh simbol: satu calitan (diwakili huruf I) untuk satu unit, satu sevron (diwakili huruf V) untuk lima, satu calitan silang (diwakili huruf X) untuk sepuluh, satu C (singkatan kepada Centum) untuk seratus, dan sebagainya:

Symbol Value
I 1 (satu) (unus)
V 5 (lima) (quinque)
X 10 (sepuluh) (decem)
L 50 (lima puluh) (quinquaginta)
C 100 (satu ratus) (centum)
D 500 (lima ratus) (quingenti)
M 1000 (satu ribu) (mille)

Macam mana nak tulis pulak yer???

Hmmmm.. Begini caranya.

Kaedah menulis angka Rumi dengan tepat adalah dengan mencatat mengikut urutan ribu, kemudian ratus, kemudian puluh, kemudian sa.


Contoh: nombor 1988.
Satu ribu adalah M, sembilan ratus adalah CM, lapan puluh adalah LXXX, lapan adalah VIII.
Digabungkan: MCMLXXXVIII.

Semua ni saya ambil dari laman web wikipedia. Walaupun lecturer pesan wikipedia maklumat kurang dipercayai, tapi ada sestengah yang kita boleh ambil untuk dibuat rujukan yang mudah seperti ini.

Akhir kalam, " Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China"

Wednesday, April 21, 2010

Kepulanganku dinanti...


Salam sejahtera semua...

He2.. pagi2 yang ceria nan indah ini, ingin saya melakar secoret dua ceritera... Kepulanganku dinanti.. Sekarang dah dekat rumah di Kedah. Walla.. Bestnyer pulang ke rumah sendiri.. Bila tinggal kat rumah sndiri, bebas nak buat apa2. Tapi yang paling best dapat teman mak kat rumah. Tlong jaga tok wan, jaga kucing kat rumah, jaga rumah. jaga diri sendiri. He2..

Satu perkara yang merisaukan hatiku ialah report LI yang masih in progress. Next week nak submit. Hmm.. kena struggle ni. Kalau tinggal kat rumah mmg best, kerja kurang berjalan lancar. Hidup mesti enjoy.. tapi mesti kena pada tempatnya...

Bila nak pulang ke Maidam nanti serabut nak fikir study pulak. Isk2.. sedih nak tinggalkan rumah.. Tapi tak per... Belajar tu jugak kan jihad. Allah akan memudahkan jalan menuju ke syurga dengan kita menuntut ilmu... Ayuh.. Bangunlah dari lenamu.. Perjuanganmu masih belum selesai.

Selamat berjuang.. Cayok2!

Wednesday, April 14, 2010

Kerana sebiji nasi.... Keinsafan hadir dalam hidupku...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Sudah lama tidak berkongsi cerita. Hari ni saya nak bercerita tentang macam mana tetiba dalam diri ini timbul keinsafan bila makan nasi jam 7.15ptg td.

Al kisahnya bermula... Tg hari tadi, saya bersama 4 orang sahabat yang sama praktikal pergi di bilik rehat untuk berjumpa dengan akak0akak n mak cik-mak cik pekerja kilang di situ. Hajatnya hanya sebentar sebab nak beri sedikit cenderahati tanda kenang-kenangan bersama setelah berpraktikal selama 4 bulan. Esok hari terakhirku nak berpraktikal.

Sampai saja di bilik rehat, kedatangan kami semua amat dialu-alukan oleh pekerja-pekerja sana. Kebetulan akak tengak kupas kulit buah pelam, kami diajak untuk turut sama menyicah pelam di situ sambil sembang2. Kami yang keberatan turut serta bagi menjaga hati akak2 situ sebab x nak ganggu mereka yang sedang berehat.

Diri saya semakin terharu apabila mak cik2 membancuh air teh untuk kami. Disediakan juga biskut jagung sebagai santapan diri. Bayangkanlah, kami diraikan sebagai tetamu dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Dimulai dengan pelam, air teh dan biskut jagung sehinggalah....

Saya bersama sahabat2 lain nak mengundurkan diri dahulu setelah menjamu selera. Saya dengan berbesar hati memberi cenderahati setiap seorang kepada akak2 n mak cik2 di situ. Tinggal kak lina n kak ju yang belum dapat. Saya pn bertanya ke mana kak lina pergi sbb td kak lina kan tgh kupas buah pelam. Mak cik2 pn menjawab kata kak lina keluar kejap. Katanya nak beli nasi untuk makan tgh hari.

Alangkah terharunya diri ini apabila tgh hari tu kak lina berlapang dada memberanikan diri untuk masuk ke pejabat semata2 nak jumpa dengan kami untuk memberi nasi yang telah dibeli td. Ya Allah, terharunya rasa. Tak sangka langsung kak lina td keluar beli nasi ingatkan nak beli untuk dirinya sendiri tetapi rupa2nya sanggup keluar semata2 nak beli untuk kami. Terharunya rasa. Terima kasih banyak2 untuk mak cik2 n akak2 pekerja kilang di sana.

Esok, mak cik2 n akak2 ajak makan tgh hari di Lagoon, berdekatan masjid terapung. Mereka kata tak perlu bimbang, kita pergi dengan van. Air wajah setiap dari mereka penuh pengharapan tinggi supaya kami dapat memenuhi undangan mereka. InsyaAllah, akan kami ikuti.

Tadi jam 7.15ptg, saya yang kelaparan mula nak makan nasi yang diberi tgh hari td. Saya buka bungkusan itu... Ader hati ayam, pedal, taugeh, nasi dan kuah gulai. Hampir menitis air mata kerana membayangkan dalam keadaan serba kekurangan masih juga mahu membelanja kami seramai 5 orang ini. Bayangkanlah, kerja kilang gaji berapa sangat. Mak cik2 dan akak2 di situ selalu makan nasi lemak atau nasi bungkus jer waktu pagi dan sebelah tgh hari mereka akan makan biskut atau apa yang ada.

Semasa makan nasi yang dibelikan td, saya terfikirkan keadaandiri yang terlalu mewah makan dan minum. Bila nak bandingkan dengan diri ini, yang selalu makan McD, KFC, Pizza Hut, Chicken chop @ western food yang berkategori mahal, mak cik2 n akak2 di situ hanya makan nasi berlaukkan taugeh dan organ dalaman ayam kerana harganya yang murah. Insafnya terasa.

Benarlah nasihat seorang sahabatku yang katanya dia tak makan benda2 pelik ni. yg saya dia tak makan cm KFC, MCD dan Pizza Hut. Katanya dia lebih suka makan makanan yang mengenyangkan lantas membekalkan tenaga dan berkhasiat iaitu nasi, sayur dan lauk. Sahabat saya ini suka makan satu hidangan yang lengkap dengan tenaga, vitamin, dan mineral serta kurang kandungan lemak. Teringat akan saya pesanannya semalam janganlah makan makanan western tu lagi yang kurang bagi manfaat buat diri. Harga pun mahal. Katanya lagi, ramai orang sakit disebabkan oleh makanan. Saya setuju 100%.

Sebagai pelajar Teknologi Makanan, saya ada belajar subjek nutrition & health, ada satu kata2 yang berbunyi "tiada suatu pun bejana yang lebih jelik diisi melainkan perut" dan "1/3 dari perut adalah untuk makan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi adalah untuk udara" Tapi orang sekarang ni bak kata org tua2 versi kedah selagi tak belahak sumbat sampai termuntah. (selagi tak sendawa makan sampai melebihi had).

Keinsafan ini akan saya sematkan baik2 dalam diri. Hargai rezeki makanan yang ada. Elakkan pembaziran. Akhir kalam " kurangkan pembaziran, amalkan gaya pemakanan yang sihat sebaik2nya gaya hidup Rasulullah s.a.w"

Saturday, March 27, 2010

KBM... Keindahan Bersamamu...

Salam...

Semalam baru jer habis program KBM dekat sekolah IMTIAZ KOSPINT. Ini merupakan kali pertama experience mengikuti KBM. Walaupun baru first time joint KBM ni n kena pulak jd FACI, tp alhamdulillah, dapat buat yang termampu dan terbaik mungkin.

Tentu ramai yang tertanya2 apa itu KBM kan??? Prgram ni jugak dinamakan Kem Bengkak Mata he2..KBM selain nama sebenarnyer Keindahan Bersamanu. Kem ni terdapat banyak slot2 menarik iaitu, Knowing Me Knowing You, Nikmat oh Nikmat, Inteam, Meniti angin malam, Kini dan Hijrah n at last but not least Lafaz yang tersimpan. Cewah.. Sekali dengar cm lagu2 nasyid pulak kan...

Bermula dengan slot Knowing Me n Knowing You, ni merupakan slot terawal ngan sesi pengenalan. Bermula dengan sesi berkenal-kenalan dengan fasi dahulu. Slot nikmat oh nikmat tu ader jugak diselitkan dengan adab2 berdoa dengan menggunakan 6 anggota badan kita

1)Tangan - Menadah kedua2 belah tangan
2)Mata - Tumpukan pada 1 titik pada tangan kita
3)Mulut - Menyebut doa yang hendak dilafazkan
4)Telinga - Mendengar doa yang dibaca
5)Hati - Merasai dengan hati akan doa yang dibaca
6)Akal - Memikirkan sepenuhnya akan doa yang dibuat

Ha.. Jadi kita perlu ikut adab2 berdoa ini kerana sesetengah orang hanya fikirkan yang doa hanya sekadar cukiup berdoa dalam hati.

Slot inteam pulak, merapatkan hubungan ukhuwah antara sahabat2 kita.lot meniti angin malam ataupun MAM 1. MAM 2 ini lebih kepada penyampaian tentang mak ayah n bagaimana perasaan apabila menghadapi sakaratul maut. Fuhhh... So interesting ngan experience ni. Ader siap ngan mayat n kubur lagi. Subhanallah.... Nak ceritakan saat2 itu tak tergambar rasa takutnya kan saat sakaratul maut ngan saat kita disoal siasat oleh malaikat mungkar n nakir dalam kubur... Insafnya...

Esok tu pulak, saya diberi tugasan uttuk menyampaikan slot Kini dan Hijrah. Bayangkan , kita tak pernah mengikuti program KBM ni, tapi telah diberi satu tugasan yang cukup berat. Mlm tu pukul 3 pagi baru diberitahu n diberi tugasan untuk menyampaikan slot ini. Bila tengok slide show, x faham. Ayat sentiasa berulang2... nak study badan n mata dah letih sangat. tapi digagahkan juga. Esok pagi pulak mula2nya diberitahu peralatan sumer disediakan dan kami hanya perlu ceramah jer. Bila sampai jer kat dewan, sumer peralatan x der. Laptop x der, speaker x der. Bayangkan nasib baik Allah terdetikkan dalam hati utnuk call ikhwah dalam dewan besar yg nak urus slot bersama ibu bapa na tanya pasal sumer2 barang tu. Rupa2nya, mereka kata x disediakan. slot start kul 8.30pagi tapi masa saya call tu dah pukul 8.15 pagi. Ya Allah, 15 minit jer lagi yg tinggal.

Tetiba pulak dapat tau ader buku pulak yang berkaitan ngan slot Kini & Hijrah. Time tu buku pn dalam dewan lagi. Ya Allah, kalutnya masa tu. Ditenangkan hati ini, cuba pulak membelek buku yang ade. Bila dilihat buku itu, rupa2nya tak der kaitan dengan slide show. Masa kian berlalu. Saya nekadkan diri untuk cuba yang terbaik. Dengan persediaan yang kurang beserta dengan diri yang masih tidak faham dengan slide yang disampaikan, saya nekadkan diri untuk menyampaikan setakat yang termampu. Tengah2 berceramah, banyak kali tengok slide sambil terkejut kerana slide yang mempunya ayat2 yg sentiasa berulang2.. Bila time nak tunjukkan video, video pulak ader masalah. ader yang boleh buka dan banyak yang bila dibuka lambat sangat nak muncul.

Ku tabahkna hati ini. Saya cuba untuk memberikan yang terbaik. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Habis jer slot itu, saya berpuas hati kerana dah berikan yang terbaik yang mampu dilakukan dan masih sedar dengan kekurangan dari segi penyampaian isi kandungan slot tentang hijrah yang sepatutnya dapat memberi kesan yang mendalam dalam jiwa adik2 kasih & sayang.

Lafaz yang tersimpan pulak ader mengisahkan tentang ibu bapa n mereka perlu menulis surat untuk ibu dan bapa. Tepat jam 12 tgh, semua pelajar dibawa masuk ke dalam dewan besar sembil ibu bapa telah lama menanti di dalam dewan. Anak2 ditemukan dengan ibu bapa. Sungguh sadis saat2 itu. Hmmm.. The program hampir ke garisan penamat. Lepas jer solat zohor n solat, Post Mortem dilakukan. Sampai jer di rumah jam 5 ptg, saya tertidur terus samapi jer pagi.. Amat meletihkan....

Wednesday, March 24, 2010

AYUH SAHABATKU... BANGUNLAH DARI TIDURMU... TERUSKAN PERJUANGAN

Assalamualaikum n selamat sejahtera sahabat semua.

Kini, ingin ku berkarya tentang tugasan yang baru diterima untuk di sampaikan kepada ahli2 usrah yang lain. Ni merupakan kali pertama nak berjumpa dengan nakibah "kak Yat" kat rumah kak yat. Berdebar rasa hati ini bagaimana first impression terhadap diri ini.

Semalam saya dapat call dari Kak Yat jam 8mlm. Terkejut saya. Rupa2nya, kak yat nak saya sampaikan tazkirah tentang "Tawaduk". Serabut juga fikir. Tension, tekanan perasaan.. Tetapi bila kita redha, Allah akan permudahkan urusan kita. Alhamdulillah, dapat serch maklumat sedikit sebanyak tentang tawaduk, dan dah tulis nota. Persediaan 80% telah dibuat cuma saya perlu untuk berlatih lagi sambil menambah ilmu tambahan untuk deliver yang terbaik.

Esok, saya perlu bangun lebih awal untuk study. Hujung minggu ini, saya terlibat dalam KBM "Keindahan Bersamamu"... Bersama pelajar2 KOSPINT. Program kesedaran diri ini akan dilaksanakan untuk pelajar tingkatan 4 n 5. InsyaAllah akan cuba jadi fasilitator yang terbaik. Laksanakan tugas dengan sebaik mungkin. Semoga khidmat saya ini mendapat keredaanNya. Amin.

Ayuh sahabat2 ku... Bangunlah dari tidurmu.. Teruskan perjuangan kerana hidup ini hanya sementara. Lakukan yang terbaik dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Tidak kira kita ni orang yang bagaimana keperibadiannya. Sentiasalah perbaiki diri kita. Buangkan rasa terlalu merendah diri sehingga hilang keyakinan diri. Yakinkan diri kita mampu jadi yang terbaik kerana setiap insan itu istimewa kejadiannya.

DUITS = "DOA+USAHA+IKHTIAR+TAWAKKAL+SERAH" . Formulasi kejayaan yang saya peroleh masa dengar ceramah time MRSM dulu.

Akhir kalam ~ "Bangunlah menuju kejayaan"

Tuesday, March 23, 2010

Feeling about first day using broadband...

Salam sejahtera...

Hmmm.. Perasaan ttg hari pertama menggunakan modem ni, excited sgt. Ptg td lepas jer pulang dari LI (Latian Industri), terus singgah di kedai celcom tnya ttg modem ni. Persediaan cukup dah dibuat. Terus byr on the spot. used student package.

Mula2 dulu, rasa cm rugi pulak kalau asyik melayar internet ni. Buka apa, takut diri ini terleka. Tapi bila difikirkan balik,guna internet ni banyak kegunaannya, cuma kena pastikan keimanan yang teguh untuk menempuh dugaan dunia di hujung jari ni. Kalau silap digunakan, diri akan mudah terpengaruh untuk melayari laman web yang tidak spatutnya dilayari. Ish2.. Kuat sungguh cobaan dua=nia masa kini.

He2.. sebab excited sgt, mkn pn belum.. baju pn masih belum berlipat n bersidai lg. ish.. tak boleh jadi ni... K, nanti saya akan kongsi cerita lagi yer....

Sunday, March 21, 2010

Broadband vs wireless...

Salam sejahtera buat semua...

Semenjak 2 menjak ini,terasa ingin nak melayari internet sepuas2 hati. Bukan aper, kalau nak diikutkan, final year just around the corner. Searching information is really needed.

Kalau nak guna wireless, perlu exercise ke KFC or Mc Donald di tengah2 bandar. Tak pun kembali menetap di Asrama MAIDAM. Tapi kalau nak menetap di maidam, wireless semakin berkurangan disebabkan ramai pelajar2 dah menggunakan broadband.

Diriku semakin dilema. Nak guna broadband nak kena bayar bulan2. Huk2, berat jugak tu. Tapi bila dah tanya pendapat kawan2 seperjuangan, broadband perlu dibeli memandangkan kat rumah juga tak der internet. Kalau nak guna internet, mesti kena g cc nyer. Hmmm.... X per lah kalau mcm tu.

Ptg ni nak keluar g maxis center, cecom centre n sumer2 nak tanya tentang broadband ni. Ncib baik skng dah ader student package, insyaAllah akan cuba untuk ambil student package. Kalau dah kerja nanti leh tukar ambil yang lebih baik.

Akhir kalam, semoga dapat memanfaatkan penggunaan internet sebaik mungkin. Bak kata Prof, jgn duk buka Facebook jer sepanjang masa. Tak baik nak baca ttg hal peribadi org lain.

Monday, March 15, 2010

Keranamu retort...

Salam..
Ingin berkongsi sedikit cerita tentang eksperiment yang tak jadi ni. Kebetulan petang ni mula2 nak buat bubur jagung guna hampas jagung, tetapi disebabkan hampas jagung tu dah masam, kami menggantikian dengan pisang...

Bahan2 yang digunakan macam biasa lah, pisang, susu segar dalam kotak, serta gula perang.. Nak sedapkan rasa, maka ditambah dengan sedikit perisa strawberry.. Hmm.. Disebabkan perisa strawberry ni dinuat oleh combination chemistry membentuk ester, maka letak 2g pun dah dikira cukup banyak n sedap.

Hmmm... Masa retort tu, abis jer proses retort, Prof cakap td ader bau strawberry... Buka jer pintu retort tu, alamak... Bubur pisang hilang... 1 tin terbuka n semua isi kandungan terevaporate.. Bila teringat balik rupa2nya seaming atau menutup tin tu tak betul.. Tin tak rapat n tin tersebut explode disebabkan oleh tekanan...

The moral of the story, tutuplah tin dengan elok2 sebelum retort kerana boleh membahayakan eksperiment anda.... Bubur pun tak jadi...

Sunday, March 14, 2010

hatiku bersedih.... tamatlah riwayat ....

salam sumer...

Ingin berkongi kisah duka petang ni. Baru mendapat berita terkini dengan berita kematian nset tercinta.. Isk2... sebab teraccident teruk kat koperasi Kampus Kota.

Al-kisah kejadian begini...
Mula2 tu excited dengan nak makan ais krim Wall's yang sedap tu... Nyam2.. Belek punya belek... Nak ambil ais krim tropica... X nak lah, Nak ambil yang ader Kit kat, Hmmm.... Mahal lak... Tutup buka tutup buka peti ais tu sambil dikerling tajam oleh pak cik photostat (He2.. Gurau jer pak cik).. Maka ambil la keputusan nak bayar..

Disebabkan saya ni seorang yang agak kalut n relax pada masa sama, nak bwk keluar lah dompet yang besat lg panjang dari beg galas berwarna coklat ni... Tiba2 dengan tidak disedari, nset kesayangan terbang keluar ikut serta bersama2 dompet.. Kpangggg.... Tidak..... Nsetku retak seribu.... Isk2.... Meratapilah nasib diri yang dah bersama2 hidup ngan nset yg pertama kali mak bagi masa nak masuk matrik. Punya la sayang wealaupun nset tu murah jer. Nokia Model 2600. Bukannya tak sayang walaupun lama, tapi ni la duit yang mak keluarkan untuk beli nset untuk saya. Mak dah pesan, jaga elok2.. mak tak dak duit dah nak beli yang baru2.... Maafkan saya mak..

Hmmmm.. Bila muhasabah diri balik, baru teringat, pg ni lupa baca Al-Mathurat. Selalu stp pagi mesti baca. Tapi bila ketinggalan nak baca bekalan hidup harian ni, hidup saya mula dirundung masalah.. Akanku renung kesilapan diri ini. "Ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian". Mungkin aku kadang2 terlalu leka bergayut ngan nset ni, maka Allah tatrik salah satu darinya sebagai peringatan.

Ok, akhir kalam, berhati2lah menjaga nset anda...

Wednesday, March 10, 2010

13 wasiat Rasulullah s.a.w

Salam.. Hari ni saya nak berkongsi 13 wasiat yang telah disampaikan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Jadi cuba kita baca ni sama2 yer. Mesti anda juga terdetik rasa ingin tahu aper wasiat yang diberikan.

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.

Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.

Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.

Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku,sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihka muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di
pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankan diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.
InsyaAllah

Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

sumber : http://www.pmn.gov.my/terengganu/TAZKIRAHindex.htm

Haa, apa perasaan kita selepas baca wasiat ini... Jadi, kita perlu ambil perbaiki diri kita hari demi hari....

Thursday, March 4, 2010

THE MIRACLE OF WATER

Assalamualaikum n selamat sejahtera... Di sini saya nak berkongsi sedikit ilmu tentang keajaiban air zam-zam dan keindahan air apabila kita mengucapkan kata2 yang baik dan bagaimana keadaan molekul air apabila kita melemparkan kata2 kurang baik terhadapnya. Maklumat ini saya perolehi daripada pensyarah pemakanan saya Miss Norshazila Shahidan.

Air Zam-Zam:

Telaga dari hentakan kaki Nabi Ismail a.s
Tidak pernah kering sehingga sekarang
Membekalkan air kepada seluruh penduduk Mekah dan umat manusia pada musim haji.
Tidak bercampur dengan air lain
Telaganya tidak pernah ditumbuhi lumut
pH 7.9 – 8.0 (alkali)
Kaya dengan mineral (calcium, magnesium, chloride, sulfur, manganase, kuprum dan iron
Tiada warna dan bau
Rasa yang berbeza dari minuman lain
Kualiti air masih kekal sehingga sekarang

Secara saintifik:

pH 7.9 – 8.0.
Bersifat alkali dan kaya dengan mineral
Meneutralkan asid badan
Antioksida
Antimikrob
Molekul air yang unik (Kajian oleh saintis Jepun)
Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

“Air zam-zam memberi khasiat sesuai dengan niat orang yang meminumnya”

“Sebaik – baik air di permukaan bumi adalah air zam – zam, padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit'

Kajian saintifik air oleh Dr.Emoto



Dr. Emoto….

“Water is a principle of everything...

Firman Allah:

“Dan kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup” (Alanbiya’: 30)
Akhir kalam...

“Jika mahukan minuman manis, kita tambah gula, tetapi jika mahukan minuman yang berkhasiat kita tambahkan kalimah-kalimah yang mulia”

Holiday just a moments...

Holiday... Just a moments...

Salam namaste... Saya baru jer nak menikmati cuti selama 3 hari (Khamis, Jumaat n Sabtu). Tapi memandangkan aktiviti penuh sepanjang hari, kira cuti yang ada memang bermanfaat. Semalam aktiviti pagi joint daurah di Sek Ren. Islam Al-Amin, Kuala Terengganu sampai dalam jam 3 ptg. Kemudian menyinggah sebentar di Maidin Mall (Pasaraya borong terbesar kat Pantai Timur ni) beli dapur gas memasak yg guna tin cm tin ridsect tu memandangkan saya yang suka memasak ni. He2, selama ni guna rice cooker jer nak memasak tapi rice cooker dah rosak la.. Terus fobia nak
masak guna rice cooker lagi cz rice cooker tu yang orang lain punyer.

Hari ni jap g nak memasak spaghetti ngan kawan. Barang dah bawa sekali. Kebetulan duduk kt rumah flat sensorang cz yang lain sumer balik bercuti, maka saya pun mengambil keputusan untuk menumpang berteduh di asrama MAIDAM untuk seketika waktu. Owh.. Ncib baik ader kawan yang sporting. Ptg ni nak g pasaraya untuk beli hadiah sempena hari perkahwinan mak cik kawan esok ni. Pastu mula la nak menyinggah di pasar malam n ekspo yang dah dibuka 3 minggu di Dataran Shahbandar.

Esok, Sabtu, saya akan menyediakan perkhidmatan kereta pengangkut.. He2... Nak tumpangkan kawan2 g kenduri kahwin mak cikkawan di Batu 6, Gong Badak. Bertuah sungguh diri ni sebab ader lecturer yang sudi meminjamkan keretanya untuk mengisi masa lapangku ini. Alhamdulillah... Lagipun , jemputan majlis kenduri wajib kita hadirkan diri kalau tidak ada apa2 aral yang melintang. Kalaulah kita tak pergi, hmmmmm nanti kalau kenduri kahwin kita saper pulak yang nak g kan?

Anyway... Holiday just a moments... tapi isilah masa yang terluang dengan perkara2 yg bermanfaat... Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara.. Salah satunya masa lapang n masa yang sempit.

Kehidupanku...... Sebagai Seorang (PP) pelajar praktikal

Assalamualaikum pembuka bicara, selamat sejahtera buat semua yang mula bergiat aktif nak melayari blog saya ni. Sebagai penulis baru, mula2 nak berkarya ni susah la sikit, nak cari idea nak menulis tapi bila idea bertimbun2 mula la kurang kesedaran diri nak berhenti. He2...

Mula2 nak cerita pengalaman hidup sepanjang jadi pelajar praktikal kat kilang. Sesuai dengan jurusan yang saya ambil, ISM Teknologi Makanan kt Universiti Pantai Timur ni nak tak nak mesti kena buat praktikal kat kilang sebab menurut cakap ayahanda Professor, lebih banyak pengalaman yang boleh dikutip berbanding bt kerja di hospital.

Saya kini menjadi penghuni tetap di Flat Kolam rutin harian adalah menunggu pak cik van untuk g kilang. Cewah, dah jadi bas kilang pulak pak cik van UDM ni. "Maap yer pok "sleng/loghat Tganu. Mula2 sampai kat kilang tu kena la punch card dulu. He2, walaupun sekarang orang ramai dah guna cap ibu jari tapi kilang ni still guna kaedah tradisional nak punch kehadiran. He2...

Prosedur sebelum masuk kilang perlu dipatuhi. Saya perlu memakai lab coat, mask, gloves, kasut bot, dan plastik lapik baju sebab bt kerja2 kilang ni perlu bergelumang dengan pelbagai rempah-ratus, daging, ikan, bawang, mesin2, equipments, etc... Kalau nak cerita memang la panjang tapi saya nak singkatkan apa yang saya buat setiap hari di kilang. Saya perlu membantu pekerja2 kilang untuk pemprosesan. Sekarang kebetulan pemprosesan kari daging kambing biri2 korban untuk dihantar ke negara2 miskin. Bekalan daging diperolehi daripada Australia.

Setiap hari ader pekerja perlu mengupas kentang n memotong kentang. Kebetulan mesin mengupas kentang dah ader, jadi kerja2 pengupasan dilakukan bagi membuang sisa2 kulit kentang yang masih berbaki pada ubi kentang. Pemotongan dan pembuangan kulit kentang secara manual ni meletihkan sebab bukan 1 - 2 kg tapi 100-200kg stp hari.

Pemprosesan bermula dengan pemgupasan kulit kentang dan pemotongan kentang. Kemudian masuk ke bahagian filling iaitu pengisian kentang dan daging kambing ke dalam tin. kemudian (QC- Quality control) akan menimbang berat bagi mengawal berat supaya net weight bagi setiap tin dicapai. Tin tersebut akan mengalami proses exhausting iaitu pemanasan untuk memasak daging selama 15 minit bersuhu 80 'C dengan menggunakan wap air. Air yang termasuk ke dalam tin kemudian akan dibuang dengan melalui conveyor yang senget untuk menonggeng tin ke arah bawah.

Pengisian kuah kari dilakukan kemudian tin akan mengalami proses exhausting sekali lagi. Di sini CCP 1/Critical control Point dipraktikkan. Sebagai pelajar teknologi makanan CCP ni adalah titik pengawalan yang perlu diberi perhatian untuk memastikan produk makanan yang dihasilkan adalah selamat untuk dimakan tanpa pencemaran yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Seaming / menutup tin (CCP 2) akan dilakukan oleh mesin dan tin akan dibasuh dengan menggunakan sabun dan berus oleh mesin. Proses retort (CCP 3) turut dilakukan selama 60 minit bersuhu 121 'C. Proses penyejukan dilakukan dengan merendam tin yang telah diretortkan ke dalam air sejuk. Setelah proses penyejukan (CCP 4) dilakukan, proses pembungkusan akan dilakukan secara manual.

Rasanya cukup dahulu perkongsian yang nak diberi kepada semua tentang pemprosesan di kilang ni. Akhir kalam " Jangan kita memandang remeh kepada pekerja2 kilang ni kerana sesungguhnya mereka ni lebih berpengalaman dan mempunyai banyak ilmu tentang kehidupan yang boleh kita pelajari"

Friday, February 26, 2010

1st time blogging

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini merupakan hari pertama saya berblogging dan pertama kali saya memasuki alam maya.

Jadi diharapkan ajarlah saya sebagai newbie disini.

Wassalam

Recent Comments