Monday, December 2, 2019

PENJAGAAN KULIT DAN PENUAAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Dah lama Mimi tak update blog ni. Sudah bersarang gamaknye. Sejak tahun 2013 sehingga sekarang, barulah ada rasa nak update semula blog ni. Sebelum ni bz memanjang.

Oh yea, hari ni Mimi nak kongsi tentang penuaan tau. Penuaan tu adalah proses menjadi lebih tua. Setiap orang pasti akan menjadi TUA. Penuaan ini berlaku disebabkan oleh sel badan kita semakin melemah. Ia bermula pada umur 20 tahun namun tandanya mula kelihatan pada umur 30-an.

Penuaan adalah proses azali dan pasti terjadi, cuma proses penuaan tu boleh kita lambatkan.
TAK PERCAYA?

Haaa, macam mana nak lambatkan proses penuaan ni ye?
Pernah tak tengok orang tua tetapi berwajah muda?

1. Pastikan mendapat tidur yang cukup
(Sekurang-kurangnya 8 jam sehari)

2. Kekalkan kelembapan kulit
(Minum air mencukupi 8 gelas sehari, menggunakan pelembap wajah dan kulit seperti losyen badan)

3. Pastikan mengambil makanan seimbang atau supplement
(Banyakkan pengambilan sayuran, buahan, vitamin & collagen)

Supplement seperti Shaklee antara anti-penuaan yang terbaik dihasilkan oleh saintis terkemuka di dunia. Antara produk tersebut adalah :

VIVIX
ESP (Energizing Soy Protein)
NUTRIFERON
COLLAGEN
SET KULIT WAJAH
VITAMINS


Dari kiri : ESP, Nutriferon dan VIVIX


Collagen Plus Powder

Set Rawatan Intensif dan Pemulihan YOUTH™




Mimi merupakan Shaklee Independent Distributor yang sah berdaftar ye.

Mimi boleh guide berkenaan produk dan cara-cara penggunaan produk secara berkesan.

Sekiranya anda berminat dengan set anti penuaan di atas jom hubungi/ sms/call/whatsapp no Mimi :

MIMI 017-4911031
Shaklee Independent Distributor





Sunday, November 17, 2013

SAFI BALQIS PERFECT 10

YAY... Sudah lama teringin nak beli set penjagaan yang sesuai dengan wajah sendiri. Versi budget. Last2 berjaya jugak membeli set SAFI BALQIS PERFECT 10. Set ni dah dikira lengkap walaupun kekurangan 1-2 barang. He2.. ni nak tayang la gambaq set lengkap yang kami ada.


Mula2 sebelum membeli barang penjagaan kulit wajah ni perlu tahu kulit kita jenis apa. Normal, kering atau berminyak. Kami ni kulit jenis normal & kadang2 kering kalau x cukup minum air. Kalau dh tahu kulit wajah jenis apa baru senang nak beli produk yang sesuai.

Cewah.. sebelum ni ader jugak try produk elianto, body shop.. tp mahal sgt la sbb kami ni duk belajaq lagi. Huk2.. Kena cari produk yang harga berpatutan dan semestinya HALAL. Jeng.. jeng.. jeng.. Akhirnya decide nak beli produk SAFI BALQIS PERFECT 10. Sebelum2 ni masa duk sekolah n matrik dulu mmg duk pakai safi tapi kdg2 gatai tangan nak try produk lain kononnya barang mahai lebih berkesan. Kih..kih..kih.. 

Actually, produk safi mmg bagosss. Kesan pemakaiannya mmg x nampak segera & perlu pakai secara rutin. (P/S: Mana2 produk pun sama je kena istiqamah) kami ni jenis suka produk2 natural x mo la yang beri effect kesan segera. Tak mau la di kemudian hari kulit wajah ada tompok2 hitam, kusam n dipenuhi jeragat. Dinasihatkan sentiasa STICK / TAAT pada 1 produk je yang sesuai dengan wajah & x perlu bertukar2 produk ye.

Meh cini nak citer pasai produk ni.

Semalam gi WATSON Alamanda, Putrajaya terbaca ler 5 step penjagaan wajah yang lengkap seharian ala Shila Amzah.. Peewiitttt.. "Mudah terpengaruh ker ni?"

STEP 1: MENCUCI. Mula2 sekali mesti cuci wajah dulu. He2.. gunakan pembersih wajah untuk mencuci segala kotoran yang melekat di muka. Pembersih muka ni boleh mencerah sambil membersih dengan lembut tanpa menghakis lembapan semula jadi kt kulit wajah kita ni. Cara nk pakai picit pencuci lebih kurang 1-2cm, letak air sedikit n gosok sehingga berbuih di tapak tangan & urutkan pada wajah. Kemudian bilas sehingga bersih. Lepas cuci muka rasa lembut & bersih je muka. Kulit pun nampak cerah sikit.


P/s : untuk kulit berminyak boleh pakai pencuci muka yang ni. Kami dah pakai mmg muka akan terasa lembut, bebas dari minyak langsung. Kesan terasa lebih berbanding tiub yang warna putih di atas tu. Tp untuk kulit normal & kering elok pakai yang tiub putih sbb kulit muka nnt jadi terlebih kering pulak kang.. 



STEP 2: PENYEGAR / TONER. Toner ni penting untuk menutup pori2 yang terbuka selepas mencuci wajah. Nak pakai dia dengan cara tuangkan sikit kat atas kapas muka kemudian sapu dengan lembut keseluruhan wajah. Lepas pakai ni muka rasa segar jer. I LIKEEE..


STEP 3: SERUM. Serum ni mempunyai molekul yang mampu menyerap lebih pantas ke dalam kulit wajah untuk membantu mencerahkan kulit. Cara pakai picat 1-2 kali serum ke hujung jari. Pastu letak beberapa titik di pipi kiri, kanan, dagu, dahi dan leher. Kemudian sapu serta urutkan perlahan2 keseluruhan wajah & leher. Dia suruh sapu dlm gerakan memusing??? X paham nk pusing mcm mana.. So, just apply ikut keselesaan sendiri ye. Lepas pakai ni kulit wajah mula2 terasa sedikit lembap tapi lepas 2-3 minit dia menyerap dlm kulit. Waahhh, kulit rasa lembut je.. Mcm baby...


STEP 4: KRIM KONTUR MATA. krim ni boleh kurangkan lingkaran gelap bawah mata sbb struktur kulit sekitar mata kita ni amatlah halus & sensitif  yakni mudah terjejas kat sinar UV. Picit sikit pada hujung jari & apply bawah mata ye. Kami x pernah pakai lagi krim kontur mata jadi x tau nak citer rasa cmne. He2..


STEP 5: KRIM PELEMBAP SIANG SPF 15 & KRIM PELEMBAP MALAM. YAY.. ni yang best.. Kalau waktu siang pakai la krim pelembap siang & waktu malam pakai krim pelembap malam ye. Caranya ambil sedikit kemudian titik pada pipi kiri, kanan, dahi, dagu n leher. Kemudian ratakan dan urut perlahan2 dengan gerakan memusing/ ikut keselesaan. Krim siang & malam ni lepas apply muka mmg rasa lembap & glowing je. Muka mmg nampak mcm berminyak cikit tp mmg dia menyerap dlm kulit wajah & bila pegang kulit wajah akan terasa kelembapannya. Cewah.. lembutnya pipiku mcm baby.. sbb dh pakai rasa cmtu. Krim malam tu lepas bgn tido muka nampak cm berkilat cikit & fresh je bila jaga waktu pagi. 



OKAY DAH SELESAI RUTIN PENJAGAAN HARIAN.

Sebelum make up boleh juga apply sikit krim kecantikan ni yang boleh bertindak sebagai make- up base & menyamaratakan tona kulit wajah. Mula2 pakai muka mmg macam pakai bedak sejuk sbb putih melepak & sedikit berminyak . Tapi lepas 3-4 minit kita sapu secara rata ke wajah, ia menyerap ke dalam kulit wajah dan kesannya muka kita mmg jelas kelihatan lebih cerah, putih gebu, lembut. Tapi dah nama pun krim kecantikan bertindak sebagai make up base, pasni msti nk pakai bedak kan. Tipsnye mesti pilih bedak yang sesuai dgn tona warna kulit ye. Jangan pakai krim kecantikan banyak sangat yer.. nnt muka cm tikus terjun dalam tepung pulaks.. Cikit2 boley. banya2 taboley..



KALAU ADA BUDGET LEBIH CIKIT.. AMATLAH DIGALAKKAN MEMBELI SKRUB WAJAH SAFI BALQIS PERFECT 10. Skrub aprikot ni membantu menanggalkan sel kulit mati dan kotoran yang melekat kat kulit wajah kita tau di samping membantu mencerahkan kulit wajah. Cara pakai mula2 basahkan wajah. Kemudian picit lbh kurang 2cm ke tapak tangan. Gosok dengan air hingga berbuih sedikit kemudian urut & gosok perlahan2 ke keseluruhan wajah serta leher. Then bilas sehingga bersih. Lepas pakai ni kulit wajah mmg terasa sangat2 lembut, cerah & terasa tertanggal sel2 kulit mati yang kusam dari wajah kita. Hik2.. Tapi pakai 2-3 kali seminggu je ye. Jangan hari2.


NI PENCUCI & TONER 2 IN 1. Dah pernah pakai. bertindak mencuci & menutup pori2 muka sekaligus. Ada tambahan biji2 warna biru tu ada minyak biji bunga matahari mempunyai vitamin E yang tinggi antioksida untuk melindungi kulit wajah. Digalakkan untuk org yg malas nk toner muka lps mencuci. He2.. Mmg best pakai ni sbb muka mmg terasa sejuk & fresh je bila tengah pakai produk ni. Lepas bilas, sejuknyee muka bersih & suci murni.
waa.. mmg best & rasa leka pulak menulis. Sila rujuk website safi ye untuk maklumat lanjut. 

BYE2.. HARI MAU HUJAN LA.. Guruh kilat kat luar bahaya kalau bukak laptop.. Semoga entri ni bermanfaat untuk semua.. =)





  







Saturday, December 17, 2011

Handset Baru @ Smartphone !!!

Sebulan sudah terasa nk beli handset baru. Sekarang ni terpaksa pula kena beli handset baru. Mau x nye, handset kesayangan yang telah banyak berbakti terminum air gara2 terendam dlm tangki tandas masjid. hihihi.

Kisahnya bermula awal pagi td. Jeng.. jeng.. jeng.. Rumah yang dihuni sekarang ni tiada air sejak petang semalam. (area Kuala Terengganu berdekatan Shahbandar) Tukang baiki tangki buat kerja hujung minggu separuh jalan je. Hmmm, mmg nk kena complaint ni. Sehari x de air mmg x ley hidup. Terasa nk mandi je air laut sebelah Shahbandar tu kalau diizinkan.

Hehe.. Awal pagi tadi, biasalah rutin harian.. Perut ni dh start memulas dek makan byk mknan pasar malam semalam. Mcm2 ada jual kt pasar malam ni. Ada satay ikan, ayam panggang merah, satar, otak-otak, nasi kerabu.. hmmm semua sedap2. Bantai je makan (beli panggang merah n jeruk asam). Kul 7 pg td dh x tahan dh perut ni, terus pakai apa yg patut ala2 nk gi mand gi sungai gitu bertolak lah ke masjid. Jalan naik kaki je lebih kurang 5-7 minit. Dengan muka br bgn tido, dgn slumbernya masuk dlm masjid n menumpang mandi kat situ. Mujur x de CCTV. (Amaran keras: hati2 kot2 ada org mengintai org pompuan mandi)

Masuk je dlm tnds tu terus letak beg atas tangki air yang x de penutup. Ingat tangki rosak. Lepas je mandi sekali penuh tangki tu. Apa lagi, basah beg n handset yg tido dlm beg tu. mula2 bunyi cm meletup ala2 bunga api gitu. Buat x tau je.. Ingat bunyi air. Sekali bateri handset yg bunyi cm2. Lps mandi manda dlm tandas masjid tu, pulanglah ke rumah. Hukhuk.. Selamat la handset tu jd replika. Dh rosak minum air. hmmm... Mcm2 maklumat ada.. Nk buat mcm mana... Bukan nk cite tntg x de air, nk cite tntg nset.

Sekarang ni byk sangat handset baru yang keluar. x terkejar dek arus pemodenan. aritu dh survey handset Samsung Corby S3650. Boleh layari website ini:
http://www.gsmarena.com/samsung_s3650_corby-2908.php

Mula2 harga mahal la RM390, then turun RM330. x lama lepas tu turun lagi RM299. Hehehe, chances tinggi nk beli ni. Tunggu n bersabar sekejap je dlm 3,4 bulan handset dh turun harga. Baru boleh beli. Biarlah ketinggalan zaman sikit pun asal dpt guna sudah.

Smartphone pun byk jenis.. Terlalu banyak siap dengan plan internet lagi. Plan Digi, Maxis, etc..
Contoh website yg jual iphone :
http://www.apple.com/iphone/

Broadband yg guna skg ni pun ntahkan akan guna ke x lagi cz nk mengoptimakan penggunaan smartphone kalau dh beli nnt. Cewah, berangan. Kalau fikir2 balik, handset biasa pun dh okey. Asal boleh call and sms dh cukup. Kalau beli mahal2 hilang sedih berganda2. Tapi biasalah kita, x puas dgn apa yg ada.. Tengok kawan beli yg baru, nak jugak kita. (Nasihat untuk diri sendiri)

Better kalau nk beli handset baru, survey2 dulu harga, jangan tunjukkan kita betul2 nk beli nanti ada yg kena charge mahal (tipu) dengan penjual. Hehehe.. Nasihat ni cz sbb dh pernah tertipu dgn tuan kedai di KL. Kita desperate nk guna handset n tuan kedai tu pulak pandai jual. Mmg tertipu. Sekali balik tengok kt kampung halaman di Kedah, murah RM100 tu. Myb standard KL tp apa2 pn survey fulu sblm membeli ye.

Internet di handset bagus ke x? Sebenarnya ini terpulang kepada tuan empunya handset untuk memilih program2 yg wajar diikuti. Memang tidak dinafikan terlalu banyak laman web yang kurang sesuai untuk golongan kanak2 dan remaja. Kalau x dibendung, memang boleh menular kerosakan akhlak. Cubalah manfaat sebaik mungkin penggunaan internet. Mcm2 boleh belajar. Masuk la website berita harian online ke, iluvislam ke, blog2 yg bermanfaat ke, nak belajar bahasa inggeris lagi bagus ke, tuisyen online, shopping online. Best wooo.. byk ilmu yg kita dapat.

Dah byk berceloteh ni. Okay.. Bawa diri dulu.. Esok nk gi keje awal2 pagi buta. Ada mission nak accomplish minggu ni. Hehehe.. Wassalam..

Friday, February 4, 2011

PETUA RINGKAS KECANTIKAN WAJAH

Untuk mendapatkan wajah yang cantik berseri-seri bolehlah kita cuba amalkan beberapa tips mudah ini :

1. Amalkan pemakanan yang sehat

2. Sentiasa berolah Raga dan Minum Air Putih (8 gelas sehari)

3. Lindungi wajah dari Matahari - gunakan losyen pelindung matahari, bedak dan sebagainya

4. Cuci Muka Sebelum Tidur - Boleh gunakan minyak zaitun untuk mencuci kesan alat make up.

5.Tidur yang Cukup - sekurang2nya 6- 8 jam sehari

Selamat mencuba


Wednesday, November 10, 2010

TIPS MENJAGA HAMSTER... HAMSTER KESAYANGANKU...


Semua orang mempunya hobi masing2 termasuklah diri ini... Ni gambar hamster saya masa mula2 beli 4 bulan sudah. Comel sangat2 hamster ni ala2 hamtaro tp lagi comel... Sebenarnya hobi nak memelihara hamster ni bermula lama sudah cuma perlu mendapatkan kebenaran daripada parents sebelum mula berjinak-jinak dengan hobi kita ni. Sebab kos untuk menjaga hamster ni agak tinggi sebenarnya. Kita perlu beli makanan, habuk kayu, vitamin supaya kebajikan hamster sentiasa dijaga... Tapi kalau nak berjimat, boleh bagi makan buah2an macam sengkuang, karot, semua jenis sayur2an yang bersesuaian (pastikan dibasuh dahulu supaya hilang racun perosak), buah2an tempatan, nasi pn boleh, telur (untuk menambahkan protein), roti, ap2 jer. Tapi coklat kurang sesuai.



Haiwan ini manja sebenarnya... Dia(hamster) tidak akan menggigit tuan dia melainkan kalau dirinya berasa terancam dan terkejut. Contohnya saya pernah digigit hamster kerana g kacau hamster ni masa dia th tido.. hehehe ( nasihat : jangan sesekali ganggu hamster ketika sdg sedap tido, sama jugak mcm kita tgh sedap tido, org kacau msti marah kn?) Kalau nak rapatkan hubungan tuan dengan hamster, selalulah bersembang atau bercakap dengan hamster kita. Dia akan kenal tuan dia kerana selalu meluangkan masa bermain dan bersembang dengan hamster ni.


Sekarang hamster ni dah kali ke-4 beranak. Buat pengetahuan semua, hamster jenis Syirian ni hanya memerlukan 14-16 hari untuk beranak. Jarang penangguhan dilanjutkan ke hari 17-18 melainkan ada sedikit masalah atau kali pertama hamster beranak. Dulu saya tak pandai jga anak hamster dan semuanya mati. Ada yg dimakan dengan ibunya dan ada yang mati sebab beli susu khusus untuk haiwan tp x sesuai sbb sistem penghadaman hamster tidak sesuai. Bagi yang kurang berpengalaman menjaga anak hamster, boleh layari internet dan search cara menjaga anak hamster. (tapi kebanyakan yang saya baca banyak versi indonesia)

Sekarang buat kali ke-4, hamster saya beranak. Kali ke-3 sebelum ini semuanya mati sbb saya kurang berpengalaman untuk menjaga anak2 hamster ni. Hari ni anak2 hamster saya semakin membesar. Ada 5 ekor semuanya (asal 7 ekor). Usianya hampir 2 minggu dan sekarang dah mula makan makanan yang diberi kepada ibunya. Berdasarkan pengalaman saya , Jika hamster mula menunjukkan tanda2 nak beranak (perut membesar, induk suka menggigit jeriji besi kandang seolah2 hendak keluar dari kandang) pisahkan dari induk jantan.(sebab kebarangkalian induk jantan akan makan anaknya sendiri adalah tinggi ) Letakkan ibu hamster bersama anak2nya ditempat gelap dan pastikan diberi bekalan makanan dan minuman yang secukupnya. Jangan selalu tengok hamster ni kerana tidak suka diganggu. Hmm.. tak sabar rasanya nak tunggu anak2 hamster ni membuka mata biasanya pada hari ke 14-16 dan membesar sepenuhnya...

nanti ada kesempatan saya akan bercerita lebih lanjut cara untuk menjaga hamster ni...

Friday, October 1, 2010

PERKONGSIAN PETUA MEMBERSIHKAN HATI

SALAM..

Alangkah indahnya jika mempunyai hati yang bersih. Bahagianya rasa jika tiada langsung sekelumit perasaan hasad dengki yang merajai hati. Di sini, saya ingin berkongsi beberapa tips untuk membersihkan hati kita dari segala sifat2 mazmumah ini. Selamat beramal.

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. (Diolah oleh Datuk Haji Fadilah Kamsah)

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok- elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik,berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Thursday, April 29, 2010

Huruf Roman

Salam sejahtera semua..

Malam ni nak bercerita ttg huruf roman. Tadi tetiba kawan saya tanya huruf roman 9 apa yer??? Aik, baru teringat.... Rupa2nya saya pn tak pasti. He2... Sedangkan kita biasa dengan huruf roman mm tu kan. i, ii,iii,iv etc... yang lain2 dah terlupa.

Mula2 mari kita berkenalan apa itu huruf roman.

Angka Rumi atau angka Roman ialah sistem angka Rom Kuno yang berdasarkan huruf-huruf abjad Rumi yang digabungkan untuk menunjukkan jumlah nilai. Sepuluh angka Rumi yang utama adalah:

\mathrm{I,\;II,\;III,\;IV,\;V,\;VI,\;VII,\;VIII,\;IX,\;X}

Ni adalah nombor asas hurif roman yang perlu kita ketahui. Mari kita belajar lebih lanjut...

Sistem angka Rumi adalah berbentuk perpuluhan dan tidak mempunyai angka sifar. Sistem ini berkait rapat dengan angka Etruscan dan huruf-hurufnya diambil dari simbol-simbol bukan abjad terawal; lama kelamaan orang Rom menukar simbol-simbol ini dengan huruf-huruf dari abjad Latin. Sistem angka Rumi yang digunakan pada hari ini adalah hasil perubahan yang dibuat pada zaman pertengahan

Angka Rumi biasanya digunakan dalam senarai yang dinomborkan (seperti garis bentuk format untuk sesebuah rencana), muka jam, muka surat yang mendahului badan utama buku, bulan dalam setahun, di belakang nama waris pemimpin politik dan monarki yang mempunyai nama yang sama, dan penomboran acara tahunan.

Angka Rumi adalah berdasarkan tujuh simbol: satu calitan (diwakili huruf I) untuk satu unit, satu sevron (diwakili huruf V) untuk lima, satu calitan silang (diwakili huruf X) untuk sepuluh, satu C (singkatan kepada Centum) untuk seratus, dan sebagainya:

Symbol Value
I 1 (satu) (unus)
V 5 (lima) (quinque)
X 10 (sepuluh) (decem)
L 50 (lima puluh) (quinquaginta)
C 100 (satu ratus) (centum)
D 500 (lima ratus) (quingenti)
M 1000 (satu ribu) (mille)

Macam mana nak tulis pulak yer???

Hmmmm.. Begini caranya.

Kaedah menulis angka Rumi dengan tepat adalah dengan mencatat mengikut urutan ribu, kemudian ratus, kemudian puluh, kemudian sa.


Contoh: nombor 1988.
Satu ribu adalah M, sembilan ratus adalah CM, lapan puluh adalah LXXX, lapan adalah VIII.
Digabungkan: MCMLXXXVIII.

Semua ni saya ambil dari laman web wikipedia. Walaupun lecturer pesan wikipedia maklumat kurang dipercayai, tapi ada sestengah yang kita boleh ambil untuk dibuat rujukan yang mudah seperti ini.

Akhir kalam, " Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China"

Recent Comments