Wednesday, November 10, 2010

TIPS MENJAGA HAMSTER... HAMSTER KESAYANGANKU...


Semua orang mempunya hobi masing2 termasuklah diri ini... Ni gambar hamster saya masa mula2 beli 4 bulan sudah. Comel sangat2 hamster ni ala2 hamtaro tp lagi comel... Sebenarnya hobi nak memelihara hamster ni bermula lama sudah cuma perlu mendapatkan kebenaran daripada parents sebelum mula berjinak-jinak dengan hobi kita ni. Sebab kos untuk menjaga hamster ni agak tinggi sebenarnya. Kita perlu beli makanan, habuk kayu, vitamin supaya kebajikan hamster sentiasa dijaga... Tapi kalau nak berjimat, boleh bagi makan buah2an macam sengkuang, karot, semua jenis sayur2an yang bersesuaian (pastikan dibasuh dahulu supaya hilang racun perosak), buah2an tempatan, nasi pn boleh, telur (untuk menambahkan protein), roti, ap2 jer. Tapi coklat kurang sesuai.



Haiwan ini manja sebenarnya... Dia(hamster) tidak akan menggigit tuan dia melainkan kalau dirinya berasa terancam dan terkejut. Contohnya saya pernah digigit hamster kerana g kacau hamster ni masa dia th tido.. hehehe ( nasihat : jangan sesekali ganggu hamster ketika sdg sedap tido, sama jugak mcm kita tgh sedap tido, org kacau msti marah kn?) Kalau nak rapatkan hubungan tuan dengan hamster, selalulah bersembang atau bercakap dengan hamster kita. Dia akan kenal tuan dia kerana selalu meluangkan masa bermain dan bersembang dengan hamster ni.


Sekarang hamster ni dah kali ke-4 beranak. Buat pengetahuan semua, hamster jenis Syirian ni hanya memerlukan 14-16 hari untuk beranak. Jarang penangguhan dilanjutkan ke hari 17-18 melainkan ada sedikit masalah atau kali pertama hamster beranak. Dulu saya tak pandai jga anak hamster dan semuanya mati. Ada yg dimakan dengan ibunya dan ada yang mati sebab beli susu khusus untuk haiwan tp x sesuai sbb sistem penghadaman hamster tidak sesuai. Bagi yang kurang berpengalaman menjaga anak hamster, boleh layari internet dan search cara menjaga anak hamster. (tapi kebanyakan yang saya baca banyak versi indonesia)

Sekarang buat kali ke-4, hamster saya beranak. Kali ke-3 sebelum ini semuanya mati sbb saya kurang berpengalaman untuk menjaga anak2 hamster ni. Hari ni anak2 hamster saya semakin membesar. Ada 5 ekor semuanya (asal 7 ekor). Usianya hampir 2 minggu dan sekarang dah mula makan makanan yang diberi kepada ibunya. Berdasarkan pengalaman saya , Jika hamster mula menunjukkan tanda2 nak beranak (perut membesar, induk suka menggigit jeriji besi kandang seolah2 hendak keluar dari kandang) pisahkan dari induk jantan.(sebab kebarangkalian induk jantan akan makan anaknya sendiri adalah tinggi ) Letakkan ibu hamster bersama anak2nya ditempat gelap dan pastikan diberi bekalan makanan dan minuman yang secukupnya. Jangan selalu tengok hamster ni kerana tidak suka diganggu. Hmm.. tak sabar rasanya nak tunggu anak2 hamster ni membuka mata biasanya pada hari ke 14-16 dan membesar sepenuhnya...

nanti ada kesempatan saya akan bercerita lebih lanjut cara untuk menjaga hamster ni...

Friday, October 1, 2010

PERKONGSIAN PETUA MEMBERSIHKAN HATI

SALAM..

Alangkah indahnya jika mempunyai hati yang bersih. Bahagianya rasa jika tiada langsung sekelumit perasaan hasad dengki yang merajai hati. Di sini, saya ingin berkongsi beberapa tips untuk membersihkan hati kita dari segala sifat2 mazmumah ini. Selamat beramal.

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. (Diolah oleh Datuk Haji Fadilah Kamsah)

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok- elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik,berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Thursday, April 29, 2010

Huruf Roman

Salam sejahtera semua..

Malam ni nak bercerita ttg huruf roman. Tadi tetiba kawan saya tanya huruf roman 9 apa yer??? Aik, baru teringat.... Rupa2nya saya pn tak pasti. He2... Sedangkan kita biasa dengan huruf roman mm tu kan. i, ii,iii,iv etc... yang lain2 dah terlupa.

Mula2 mari kita berkenalan apa itu huruf roman.

Angka Rumi atau angka Roman ialah sistem angka Rom Kuno yang berdasarkan huruf-huruf abjad Rumi yang digabungkan untuk menunjukkan jumlah nilai. Sepuluh angka Rumi yang utama adalah:

\mathrm{I,\;II,\;III,\;IV,\;V,\;VI,\;VII,\;VIII,\;IX,\;X}

Ni adalah nombor asas hurif roman yang perlu kita ketahui. Mari kita belajar lebih lanjut...

Sistem angka Rumi adalah berbentuk perpuluhan dan tidak mempunyai angka sifar. Sistem ini berkait rapat dengan angka Etruscan dan huruf-hurufnya diambil dari simbol-simbol bukan abjad terawal; lama kelamaan orang Rom menukar simbol-simbol ini dengan huruf-huruf dari abjad Latin. Sistem angka Rumi yang digunakan pada hari ini adalah hasil perubahan yang dibuat pada zaman pertengahan

Angka Rumi biasanya digunakan dalam senarai yang dinomborkan (seperti garis bentuk format untuk sesebuah rencana), muka jam, muka surat yang mendahului badan utama buku, bulan dalam setahun, di belakang nama waris pemimpin politik dan monarki yang mempunyai nama yang sama, dan penomboran acara tahunan.

Angka Rumi adalah berdasarkan tujuh simbol: satu calitan (diwakili huruf I) untuk satu unit, satu sevron (diwakili huruf V) untuk lima, satu calitan silang (diwakili huruf X) untuk sepuluh, satu C (singkatan kepada Centum) untuk seratus, dan sebagainya:

Symbol Value
I 1 (satu) (unus)
V 5 (lima) (quinque)
X 10 (sepuluh) (decem)
L 50 (lima puluh) (quinquaginta)
C 100 (satu ratus) (centum)
D 500 (lima ratus) (quingenti)
M 1000 (satu ribu) (mille)

Macam mana nak tulis pulak yer???

Hmmmm.. Begini caranya.

Kaedah menulis angka Rumi dengan tepat adalah dengan mencatat mengikut urutan ribu, kemudian ratus, kemudian puluh, kemudian sa.


Contoh: nombor 1988.
Satu ribu adalah M, sembilan ratus adalah CM, lapan puluh adalah LXXX, lapan adalah VIII.
Digabungkan: MCMLXXXVIII.

Semua ni saya ambil dari laman web wikipedia. Walaupun lecturer pesan wikipedia maklumat kurang dipercayai, tapi ada sestengah yang kita boleh ambil untuk dibuat rujukan yang mudah seperti ini.

Akhir kalam, " Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China"

Wednesday, April 21, 2010

Kepulanganku dinanti...


Salam sejahtera semua...

He2.. pagi2 yang ceria nan indah ini, ingin saya melakar secoret dua ceritera... Kepulanganku dinanti.. Sekarang dah dekat rumah di Kedah. Walla.. Bestnyer pulang ke rumah sendiri.. Bila tinggal kat rumah sndiri, bebas nak buat apa2. Tapi yang paling best dapat teman mak kat rumah. Tlong jaga tok wan, jaga kucing kat rumah, jaga rumah. jaga diri sendiri. He2..

Satu perkara yang merisaukan hatiku ialah report LI yang masih in progress. Next week nak submit. Hmm.. kena struggle ni. Kalau tinggal kat rumah mmg best, kerja kurang berjalan lancar. Hidup mesti enjoy.. tapi mesti kena pada tempatnya...

Bila nak pulang ke Maidam nanti serabut nak fikir study pulak. Isk2.. sedih nak tinggalkan rumah.. Tapi tak per... Belajar tu jugak kan jihad. Allah akan memudahkan jalan menuju ke syurga dengan kita menuntut ilmu... Ayuh.. Bangunlah dari lenamu.. Perjuanganmu masih belum selesai.

Selamat berjuang.. Cayok2!

Wednesday, April 14, 2010

Kerana sebiji nasi.... Keinsafan hadir dalam hidupku...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Sudah lama tidak berkongsi cerita. Hari ni saya nak bercerita tentang macam mana tetiba dalam diri ini timbul keinsafan bila makan nasi jam 7.15ptg td.

Al kisahnya bermula... Tg hari tadi, saya bersama 4 orang sahabat yang sama praktikal pergi di bilik rehat untuk berjumpa dengan akak0akak n mak cik-mak cik pekerja kilang di situ. Hajatnya hanya sebentar sebab nak beri sedikit cenderahati tanda kenang-kenangan bersama setelah berpraktikal selama 4 bulan. Esok hari terakhirku nak berpraktikal.

Sampai saja di bilik rehat, kedatangan kami semua amat dialu-alukan oleh pekerja-pekerja sana. Kebetulan akak tengak kupas kulit buah pelam, kami diajak untuk turut sama menyicah pelam di situ sambil sembang2. Kami yang keberatan turut serta bagi menjaga hati akak2 situ sebab x nak ganggu mereka yang sedang berehat.

Diri saya semakin terharu apabila mak cik2 membancuh air teh untuk kami. Disediakan juga biskut jagung sebagai santapan diri. Bayangkanlah, kami diraikan sebagai tetamu dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Dimulai dengan pelam, air teh dan biskut jagung sehinggalah....

Saya bersama sahabat2 lain nak mengundurkan diri dahulu setelah menjamu selera. Saya dengan berbesar hati memberi cenderahati setiap seorang kepada akak2 n mak cik2 di situ. Tinggal kak lina n kak ju yang belum dapat. Saya pn bertanya ke mana kak lina pergi sbb td kak lina kan tgh kupas buah pelam. Mak cik2 pn menjawab kata kak lina keluar kejap. Katanya nak beli nasi untuk makan tgh hari.

Alangkah terharunya diri ini apabila tgh hari tu kak lina berlapang dada memberanikan diri untuk masuk ke pejabat semata2 nak jumpa dengan kami untuk memberi nasi yang telah dibeli td. Ya Allah, terharunya rasa. Tak sangka langsung kak lina td keluar beli nasi ingatkan nak beli untuk dirinya sendiri tetapi rupa2nya sanggup keluar semata2 nak beli untuk kami. Terharunya rasa. Terima kasih banyak2 untuk mak cik2 n akak2 pekerja kilang di sana.

Esok, mak cik2 n akak2 ajak makan tgh hari di Lagoon, berdekatan masjid terapung. Mereka kata tak perlu bimbang, kita pergi dengan van. Air wajah setiap dari mereka penuh pengharapan tinggi supaya kami dapat memenuhi undangan mereka. InsyaAllah, akan kami ikuti.

Tadi jam 7.15ptg, saya yang kelaparan mula nak makan nasi yang diberi tgh hari td. Saya buka bungkusan itu... Ader hati ayam, pedal, taugeh, nasi dan kuah gulai. Hampir menitis air mata kerana membayangkan dalam keadaan serba kekurangan masih juga mahu membelanja kami seramai 5 orang ini. Bayangkanlah, kerja kilang gaji berapa sangat. Mak cik2 dan akak2 di situ selalu makan nasi lemak atau nasi bungkus jer waktu pagi dan sebelah tgh hari mereka akan makan biskut atau apa yang ada.

Semasa makan nasi yang dibelikan td, saya terfikirkan keadaandiri yang terlalu mewah makan dan minum. Bila nak bandingkan dengan diri ini, yang selalu makan McD, KFC, Pizza Hut, Chicken chop @ western food yang berkategori mahal, mak cik2 n akak2 di situ hanya makan nasi berlaukkan taugeh dan organ dalaman ayam kerana harganya yang murah. Insafnya terasa.

Benarlah nasihat seorang sahabatku yang katanya dia tak makan benda2 pelik ni. yg saya dia tak makan cm KFC, MCD dan Pizza Hut. Katanya dia lebih suka makan makanan yang mengenyangkan lantas membekalkan tenaga dan berkhasiat iaitu nasi, sayur dan lauk. Sahabat saya ini suka makan satu hidangan yang lengkap dengan tenaga, vitamin, dan mineral serta kurang kandungan lemak. Teringat akan saya pesanannya semalam janganlah makan makanan western tu lagi yang kurang bagi manfaat buat diri. Harga pun mahal. Katanya lagi, ramai orang sakit disebabkan oleh makanan. Saya setuju 100%.

Sebagai pelajar Teknologi Makanan, saya ada belajar subjek nutrition & health, ada satu kata2 yang berbunyi "tiada suatu pun bejana yang lebih jelik diisi melainkan perut" dan "1/3 dari perut adalah untuk makan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi adalah untuk udara" Tapi orang sekarang ni bak kata org tua2 versi kedah selagi tak belahak sumbat sampai termuntah. (selagi tak sendawa makan sampai melebihi had).

Keinsafan ini akan saya sematkan baik2 dalam diri. Hargai rezeki makanan yang ada. Elakkan pembaziran. Akhir kalam " kurangkan pembaziran, amalkan gaya pemakanan yang sihat sebaik2nya gaya hidup Rasulullah s.a.w"

Saturday, March 27, 2010

KBM... Keindahan Bersamamu...

Salam...

Semalam baru jer habis program KBM dekat sekolah IMTIAZ KOSPINT. Ini merupakan kali pertama experience mengikuti KBM. Walaupun baru first time joint KBM ni n kena pulak jd FACI, tp alhamdulillah, dapat buat yang termampu dan terbaik mungkin.

Tentu ramai yang tertanya2 apa itu KBM kan??? Prgram ni jugak dinamakan Kem Bengkak Mata he2..KBM selain nama sebenarnyer Keindahan Bersamanu. Kem ni terdapat banyak slot2 menarik iaitu, Knowing Me Knowing You, Nikmat oh Nikmat, Inteam, Meniti angin malam, Kini dan Hijrah n at last but not least Lafaz yang tersimpan. Cewah.. Sekali dengar cm lagu2 nasyid pulak kan...

Bermula dengan slot Knowing Me n Knowing You, ni merupakan slot terawal ngan sesi pengenalan. Bermula dengan sesi berkenal-kenalan dengan fasi dahulu. Slot nikmat oh nikmat tu ader jugak diselitkan dengan adab2 berdoa dengan menggunakan 6 anggota badan kita

1)Tangan - Menadah kedua2 belah tangan
2)Mata - Tumpukan pada 1 titik pada tangan kita
3)Mulut - Menyebut doa yang hendak dilafazkan
4)Telinga - Mendengar doa yang dibaca
5)Hati - Merasai dengan hati akan doa yang dibaca
6)Akal - Memikirkan sepenuhnya akan doa yang dibuat

Ha.. Jadi kita perlu ikut adab2 berdoa ini kerana sesetengah orang hanya fikirkan yang doa hanya sekadar cukiup berdoa dalam hati.

Slot inteam pulak, merapatkan hubungan ukhuwah antara sahabat2 kita.lot meniti angin malam ataupun MAM 1. MAM 2 ini lebih kepada penyampaian tentang mak ayah n bagaimana perasaan apabila menghadapi sakaratul maut. Fuhhh... So interesting ngan experience ni. Ader siap ngan mayat n kubur lagi. Subhanallah.... Nak ceritakan saat2 itu tak tergambar rasa takutnya kan saat sakaratul maut ngan saat kita disoal siasat oleh malaikat mungkar n nakir dalam kubur... Insafnya...

Esok tu pulak, saya diberi tugasan uttuk menyampaikan slot Kini dan Hijrah. Bayangkan , kita tak pernah mengikuti program KBM ni, tapi telah diberi satu tugasan yang cukup berat. Mlm tu pukul 3 pagi baru diberitahu n diberi tugasan untuk menyampaikan slot ini. Bila tengok slide show, x faham. Ayat sentiasa berulang2... nak study badan n mata dah letih sangat. tapi digagahkan juga. Esok pagi pulak mula2nya diberitahu peralatan sumer disediakan dan kami hanya perlu ceramah jer. Bila sampai jer kat dewan, sumer peralatan x der. Laptop x der, speaker x der. Bayangkan nasib baik Allah terdetikkan dalam hati utnuk call ikhwah dalam dewan besar yg nak urus slot bersama ibu bapa na tanya pasal sumer2 barang tu. Rupa2nya, mereka kata x disediakan. slot start kul 8.30pagi tapi masa saya call tu dah pukul 8.15 pagi. Ya Allah, 15 minit jer lagi yg tinggal.

Tetiba pulak dapat tau ader buku pulak yang berkaitan ngan slot Kini & Hijrah. Time tu buku pn dalam dewan lagi. Ya Allah, kalutnya masa tu. Ditenangkan hati ini, cuba pulak membelek buku yang ade. Bila dilihat buku itu, rupa2nya tak der kaitan dengan slide show. Masa kian berlalu. Saya nekadkan diri untuk cuba yang terbaik. Dengan persediaan yang kurang beserta dengan diri yang masih tidak faham dengan slide yang disampaikan, saya nekadkan diri untuk menyampaikan setakat yang termampu. Tengah2 berceramah, banyak kali tengok slide sambil terkejut kerana slide yang mempunya ayat2 yg sentiasa berulang2.. Bila time nak tunjukkan video, video pulak ader masalah. ader yang boleh buka dan banyak yang bila dibuka lambat sangat nak muncul.

Ku tabahkna hati ini. Saya cuba untuk memberikan yang terbaik. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Habis jer slot itu, saya berpuas hati kerana dah berikan yang terbaik yang mampu dilakukan dan masih sedar dengan kekurangan dari segi penyampaian isi kandungan slot tentang hijrah yang sepatutnya dapat memberi kesan yang mendalam dalam jiwa adik2 kasih & sayang.

Lafaz yang tersimpan pulak ader mengisahkan tentang ibu bapa n mereka perlu menulis surat untuk ibu dan bapa. Tepat jam 12 tgh, semua pelajar dibawa masuk ke dalam dewan besar sembil ibu bapa telah lama menanti di dalam dewan. Anak2 ditemukan dengan ibu bapa. Sungguh sadis saat2 itu. Hmmm.. The program hampir ke garisan penamat. Lepas jer solat zohor n solat, Post Mortem dilakukan. Sampai jer di rumah jam 5 ptg, saya tertidur terus samapi jer pagi.. Amat meletihkan....

Wednesday, March 24, 2010

AYUH SAHABATKU... BANGUNLAH DARI TIDURMU... TERUSKAN PERJUANGAN

Assalamualaikum n selamat sejahtera sahabat semua.

Kini, ingin ku berkarya tentang tugasan yang baru diterima untuk di sampaikan kepada ahli2 usrah yang lain. Ni merupakan kali pertama nak berjumpa dengan nakibah "kak Yat" kat rumah kak yat. Berdebar rasa hati ini bagaimana first impression terhadap diri ini.

Semalam saya dapat call dari Kak Yat jam 8mlm. Terkejut saya. Rupa2nya, kak yat nak saya sampaikan tazkirah tentang "Tawaduk". Serabut juga fikir. Tension, tekanan perasaan.. Tetapi bila kita redha, Allah akan permudahkan urusan kita. Alhamdulillah, dapat serch maklumat sedikit sebanyak tentang tawaduk, dan dah tulis nota. Persediaan 80% telah dibuat cuma saya perlu untuk berlatih lagi sambil menambah ilmu tambahan untuk deliver yang terbaik.

Esok, saya perlu bangun lebih awal untuk study. Hujung minggu ini, saya terlibat dalam KBM "Keindahan Bersamamu"... Bersama pelajar2 KOSPINT. Program kesedaran diri ini akan dilaksanakan untuk pelajar tingkatan 4 n 5. InsyaAllah akan cuba jadi fasilitator yang terbaik. Laksanakan tugas dengan sebaik mungkin. Semoga khidmat saya ini mendapat keredaanNya. Amin.

Ayuh sahabat2 ku... Bangunlah dari tidurmu.. Teruskan perjuangan kerana hidup ini hanya sementara. Lakukan yang terbaik dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Tidak kira kita ni orang yang bagaimana keperibadiannya. Sentiasalah perbaiki diri kita. Buangkan rasa terlalu merendah diri sehingga hilang keyakinan diri. Yakinkan diri kita mampu jadi yang terbaik kerana setiap insan itu istimewa kejadiannya.

DUITS = "DOA+USAHA+IKHTIAR+TAWAKKAL+SERAH" . Formulasi kejayaan yang saya peroleh masa dengar ceramah time MRSM dulu.

Akhir kalam ~ "Bangunlah menuju kejayaan"

Recent Comments