Sunday, November 17, 2013

SAFI BALQIS PERFECT 10

YAY... Sudah lama teringin nak beli set penjagaan yang sesuai dengan wajah sendiri. Versi budget. Last2 berjaya jugak membeli set SAFI BALQIS PERFECT 10. Set ni dah dikira lengkap walaupun kekurangan 1-2 barang. He2.. ni nak tayang la gambaq set lengkap yang kami ada.


Mula2 sebelum membeli barang penjagaan kulit wajah ni perlu tahu kulit kita jenis apa. Normal, kering atau berminyak. Kami ni kulit jenis normal & kadang2 kering kalau x cukup minum air. Kalau dh tahu kulit wajah jenis apa baru senang nak beli produk yang sesuai.

Cewah.. sebelum ni ader jugak try produk elianto, body shop.. tp mahal sgt la sbb kami ni duk belajaq lagi. Huk2.. Kena cari produk yang harga berpatutan dan semestinya HALAL. Jeng.. jeng.. jeng.. Akhirnya decide nak beli produk SAFI BALQIS PERFECT 10. Sebelum2 ni masa duk sekolah n matrik dulu mmg duk pakai safi tapi kdg2 gatai tangan nak try produk lain kononnya barang mahai lebih berkesan. Kih..kih..kih.. 

Actually, produk safi mmg bagosss. Kesan pemakaiannya mmg x nampak segera & perlu pakai secara rutin. (P/S: Mana2 produk pun sama je kena istiqamah) kami ni jenis suka produk2 natural x mo la yang beri effect kesan segera. Tak mau la di kemudian hari kulit wajah ada tompok2 hitam, kusam n dipenuhi jeragat. Dinasihatkan sentiasa STICK / TAAT pada 1 produk je yang sesuai dengan wajah & x perlu bertukar2 produk ye.

Meh cini nak citer pasai produk ni.

Semalam gi WATSON Alamanda, Putrajaya terbaca ler 5 step penjagaan wajah yang lengkap seharian ala Shila Amzah.. Peewiitttt.. "Mudah terpengaruh ker ni?"

STEP 1: MENCUCI. Mula2 sekali mesti cuci wajah dulu. He2.. gunakan pembersih wajah untuk mencuci segala kotoran yang melekat di muka. Pembersih muka ni boleh mencerah sambil membersih dengan lembut tanpa menghakis lembapan semula jadi kt kulit wajah kita ni. Cara nk pakai picit pencuci lebih kurang 1-2cm, letak air sedikit n gosok sehingga berbuih di tapak tangan & urutkan pada wajah. Kemudian bilas sehingga bersih. Lepas cuci muka rasa lembut & bersih je muka. Kulit pun nampak cerah sikit.


P/s : untuk kulit berminyak boleh pakai pencuci muka yang ni. Kami dah pakai mmg muka akan terasa lembut, bebas dari minyak langsung. Kesan terasa lebih berbanding tiub yang warna putih di atas tu. Tp untuk kulit normal & kering elok pakai yang tiub putih sbb kulit muka nnt jadi terlebih kering pulak kang.. 



STEP 2: PENYEGAR / TONER. Toner ni penting untuk menutup pori2 yang terbuka selepas mencuci wajah. Nak pakai dia dengan cara tuangkan sikit kat atas kapas muka kemudian sapu dengan lembut keseluruhan wajah. Lepas pakai ni muka rasa segar jer. I LIKEEE..


STEP 3: SERUM. Serum ni mempunyai molekul yang mampu menyerap lebih pantas ke dalam kulit wajah untuk membantu mencerahkan kulit. Cara pakai picat 1-2 kali serum ke hujung jari. Pastu letak beberapa titik di pipi kiri, kanan, dagu, dahi dan leher. Kemudian sapu serta urutkan perlahan2 keseluruhan wajah & leher. Dia suruh sapu dlm gerakan memusing??? X paham nk pusing mcm mana.. So, just apply ikut keselesaan sendiri ye. Lepas pakai ni kulit wajah mula2 terasa sedikit lembap tapi lepas 2-3 minit dia menyerap dlm kulit. Waahhh, kulit rasa lembut je.. Mcm baby...


STEP 4: KRIM KONTUR MATA. krim ni boleh kurangkan lingkaran gelap bawah mata sbb struktur kulit sekitar mata kita ni amatlah halus & sensitif  yakni mudah terjejas kat sinar UV. Picit sikit pada hujung jari & apply bawah mata ye. Kami x pernah pakai lagi krim kontur mata jadi x tau nak citer rasa cmne. He2..


STEP 5: KRIM PELEMBAP SIANG SPF 15 & KRIM PELEMBAP MALAM. YAY.. ni yang best.. Kalau waktu siang pakai la krim pelembap siang & waktu malam pakai krim pelembap malam ye. Caranya ambil sedikit kemudian titik pada pipi kiri, kanan, dahi, dagu n leher. Kemudian ratakan dan urut perlahan2 dengan gerakan memusing/ ikut keselesaan. Krim siang & malam ni lepas apply muka mmg rasa lembap & glowing je. Muka mmg nampak mcm berminyak cikit tp mmg dia menyerap dlm kulit wajah & bila pegang kulit wajah akan terasa kelembapannya. Cewah.. lembutnya pipiku mcm baby.. sbb dh pakai rasa cmtu. Krim malam tu lepas bgn tido muka nampak cm berkilat cikit & fresh je bila jaga waktu pagi. 



OKAY DAH SELESAI RUTIN PENJAGAAN HARIAN.

Sebelum make up boleh juga apply sikit krim kecantikan ni yang boleh bertindak sebagai make- up base & menyamaratakan tona kulit wajah. Mula2 pakai muka mmg macam pakai bedak sejuk sbb putih melepak & sedikit berminyak . Tapi lepas 3-4 minit kita sapu secara rata ke wajah, ia menyerap ke dalam kulit wajah dan kesannya muka kita mmg jelas kelihatan lebih cerah, putih gebu, lembut. Tapi dah nama pun krim kecantikan bertindak sebagai make up base, pasni msti nk pakai bedak kan. Tipsnye mesti pilih bedak yang sesuai dgn tona warna kulit ye. Jangan pakai krim kecantikan banyak sangat yer.. nnt muka cm tikus terjun dalam tepung pulaks.. Cikit2 boley. banya2 taboley..



KALAU ADA BUDGET LEBIH CIKIT.. AMATLAH DIGALAKKAN MEMBELI SKRUB WAJAH SAFI BALQIS PERFECT 10. Skrub aprikot ni membantu menanggalkan sel kulit mati dan kotoran yang melekat kat kulit wajah kita tau di samping membantu mencerahkan kulit wajah. Cara pakai mula2 basahkan wajah. Kemudian picit lbh kurang 2cm ke tapak tangan. Gosok dengan air hingga berbuih sedikit kemudian urut & gosok perlahan2 ke keseluruhan wajah serta leher. Then bilas sehingga bersih. Lepas pakai ni kulit wajah mmg terasa sangat2 lembut, cerah & terasa tertanggal sel2 kulit mati yang kusam dari wajah kita. Hik2.. Tapi pakai 2-3 kali seminggu je ye. Jangan hari2.


NI PENCUCI & TONER 2 IN 1. Dah pernah pakai. bertindak mencuci & menutup pori2 muka sekaligus. Ada tambahan biji2 warna biru tu ada minyak biji bunga matahari mempunyai vitamin E yang tinggi antioksida untuk melindungi kulit wajah. Digalakkan untuk org yg malas nk toner muka lps mencuci. He2.. Mmg best pakai ni sbb muka mmg terasa sejuk & fresh je bila tengah pakai produk ni. Lepas bilas, sejuknyee muka bersih & suci murni.
waa.. mmg best & rasa leka pulak menulis. Sila rujuk website safi ye untuk maklumat lanjut. 

BYE2.. HARI MAU HUJAN LA.. Guruh kilat kat luar bahaya kalau bukak laptop.. Semoga entri ni bermanfaat untuk semua.. =)





  







8 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum.. akak saya pengguna safi juga. bisa akak nak tolong saya nak pesan produk safi balqis sama aloe vera? salam dari zania provinsi Aceh.

Edayu Maidin said...

sis, scrub tu pakai bila je ? malam ? then lepas pakai tu nak kene pakai pape ta? dekat belakang tu dia cakap kene pakai ape entah

NADHIRAH SAAD said...

Akak. Kalau pkai serum safi je blh tk? Tp pkai pncuci muka laen?

NADHIRAH SAAD said...
This comment has been removed by the author.
NADHIRAH SAAD said...
This comment has been removed by the author.
NADHIRAH SAAD said...
This comment has been removed by the author.
NADHIRAH SAAD said...
This comment has been removed by the author.
NADHIRAH SAAD said...

Akak. Kalau pkai serum safi je blh tk? Tp pkai pncuci muka laen?

Recent Comments